Saturday, 15 April 2017

Apa yang perlu dilakukan bila salah pakai skincare ?

Salah skincare? Muka naik ruam dan jerawat nanah? Kulit muka rasa merenyam? Muka jadi terlalu berminyak? Jerawat besar tanpa mata diseluruh muka? Meratap kesedihan dibucu katil? ahaha, ive thru all of it guys. 

Memang sedih, low-self confident, rasa tak nak keluar rumah, tak nak beraya, tengok cermin setiap masa, mengharap keajaiban sekelip mata...ive doin all of that too..so sebagai insan yang pernah mengalami zaman kejatuhan yang teruk, hari ini nak share tips yang boleh diambil untuk kawal pembiakan jerawat yang tidak diundang..

1. Redha dan berlapang dada.

Apa cara pun uolls kena positif, sekarang ni kulit tengah meradang seperti letusan gunung berapi yang membara. Umpama membalas dendam kepada tuan punya kulit yang suka mencuba skincare instant putih flawless dalam masa 7 hari..Firstly korang kena redha. Ingat jerawat ni penyakit, dan kenapa tuhan beri penyakit? sebab nak hapus dosa kita. Tenangkan hati dan lapangkan fikiran. Setiap penyakit ada ubatnya. Korang dah ok ke tu? tarik nafas dalam-dalam and sambung baca ok...#perempuanfuhh

2.Berhenti pakai apa-apa jenis skincare , supplement dan collagen.

Kenapa uolls kena stop? sebab sekarang semua benda tu dah tak berkesan dengan kulit and badan kita. Boleh jadi makin pakai, makin teruk. So baik stop dan pulihkan dulu dalaman dan luaran. Jangan over guna masker jugak tau. Masker ni ada yg over dry kan kulit. Bila kulit dehydrates, signal untuk production minyak makin bertambah so bertambah2lah oily muka korang. Bersinar2 mcm bola disco




3.Focus more on cleanser!

Sebab muka dah rosak so kita perlukan pencuci muka yang bagus untuk kulit. I every night buat double cleansing. Firstly guna pencuci muka Eucerin White yg berbuih dan cuci muka selama 1 minit lepastu bilas. Kedua, ambik cetaphil dan basuh lagi muka untuk kali kedua. Cara macamni akan elakkan kulit jadi kering dan tertarik. In simple word, ur skin will be calm as a sea breeze




4.Toner or vitamin water.

Masa kulit muka rosak i takut guna kapas sebab after muka dah cuci i takut sgt tenyeh toner seluruh muka sebab kapas tu boleh bawa kuman. Lagi satu takut area kulit yg ok pun naik jerawat sbb kena kuman. So i guna herbaline soothing toner shj, yg ni mmg jenis spray and bila dah kering boleh apply moisturizer @ sunblock  

5.Moisturizer / sunblock

Please yeee kwn-kwn, stop dulu guna product pemutih. Moisturizer means pelembab kulit. So jangan guna apply yg pelik kat muka yang dah rosak. Beli yg gel ke, aloevera herbaline, sunblock heliocare gel or anything yg diiktiraf. Please sgt2 jgn tambah masalah yg dah ada.

6. Jaga makan.

Avoid mkn makanan bergula, bergoreng, fast food, junk food, carbonated drinks. Paling penting pantang susu , coklat dan kekacang sampai jerawat reda!. I puasa susu sebulan masa naik jerawat mmg jerawat baru tak naik. Actuallt mknan kat atas bila kulit dah ok boleh amik sikit cuma masa ada jerawat mkn tu boleh effect hormon so better avoid em.

7. Antibiotik Kulit

Pergi pharmacy and beli doxycyline, Murah je kalau beli kat klinik kulit mahal. Dr cakap boleh amik benda ni dlm 1-3 bulan mmg ada perubahan. Cuma kalau tak yakin consult dlu dgn doctor!.

8. Doa byk2, amik wudhu selalu

Ni kang org ckp aku bajet alim lak, tapi buat apa2 pun kalau x berserah kat tuhan tak jadi jugak. hehe so doa byk2 minta kesembuhan dr masalah kulit. Like i said jerawat ni penyakit! 


Ni tips untuk muka yg tgh naik jerawat dan meragam. Kalau untuk parut boleh baca review treatment yg saya dah pernah buat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan jgn give up!

xoxo
bytwentytwo

Monday, 13 March 2017

Review Hannan Medispa ( Whitening Peel Package + Medicine + Skincare)

Hi, sesi review lagi untuk clinic kulit yang aku dah pergi..haritu dah tulis pasal Pesona Clinic kat sini. Tulis ni bukan berbayar pun, 100 % guna duit sendiri. Sebab aku yakin sangat hanya orang yang berjerawat faham masalah orang berjerawat ni..Ingat suka2 ke nak biak jerawat kat muka ni..heiii

Aku pergi Hannan start bulan puasa haritu, ada 3 branch aku dah pergi (setiap branch doctor lain-lain). Aku rasa mereka ni macam franchise..Alaa macam Klinik Dr Azhar dan rakan-rakan..Nama sama tapi yang handle lain-lain. Hannan Medispa Shah Alam, Hannan Medispa Ampang dan Hannan Medispa Wangsa Maju...kenapa pergi 3 tempat? sebabnya dulu nama Hannan Medispa ni Estetika Medispa. Sebelum raya haritu paling dekat ada kat Bangi dan Shah Alam saje, Korang bayangkan dari Setapak nak g shah alam jauh gila..Memang sakit hati menghadap jem lepas wat treatment. BDW yg ampang punya mmg cantik, masa tu teman kawan gi buat treatment dia ada opening sale.so aku ikut teman smpai bilik treatment sekali :)


1st & 2nd treament - 16/06 & 26/6 2016 Consultant & Whitening Peel


                 Estetika Medispa (before June ) / Hannan Medispa Shah Alam (Bulan June/July)

First and second consultant/treatments aku gi kat sini, aku tulis nama dua2 tau takut korang confuse sebab masa second treatment nama dah tukar and Doc yang incharge pun dah lain. Macam biasa ada consultant fee RM 50, doctor yg incharge cantik sangat2 and sgt lemah lembut. Takde push sign package or beli skincare pun. Dr Alina Hasni, hehe aku suka betul ngn doctor ni sebab kulit dia ya ampunnn flawless okay buatkan ko semangat nak jaga kulit.


Kondisi Kulit Aku : (Mekap/Tak Mekap) Takde masalah sangat cuma kusam, parut gedik2 aje ada. cystic acne pun duk diam2 dlm kulit..Overall, masalah kulit aku kusam and light scar shj.

Masa ni masalah kulit aku parut sikit, cystic acne sebiji kat pipi kiri dan kusam. Hehe 3 masalah satu jalan penyelesaian iaitu disiplin. Doctor suggest buat whitening peel dan makan ubat. Since aku ada cystic acne yang tak sembuh2 dari Pesona Clinic lagi so aku pun amik lah medicine yang doctor suggest. Biasanya aku tak ambik tapi mengenangkan kedegilan sebiji jerawat batu aku ni..Aku surrender, huhu..korang tau kan effect antibiotik macamana, lepas makan rasa mual nak muntah. So pastikan makan dulu before ambik ubat. Jangan degil ye anak-anak.


Ubat Antibiotik : Label hanya ada arahan dos untuk diambil sahaja, nama ubat and expired date takde. ni bahaya tau..


Whitening peel ni aku amik package RM450.00 untuk 3 kali treatments, maknanya satu sesi akan jadi RM150. Tapi haritu harga ubat sahaja RM70.00 ye untuk 10 hari, 2 jenis ubat, Sekali lagi aku ingatkan, ubat doxycycline ni boleh dapat di farmasi dlm rm10-15 sepapan. haha aku pun xtau nape aku g beli haritu maybe sebab Dr Alina cantik kot? ahaha..Pastu beli Night Repair Specialist 30ml (yg ni aku suka sebab sesuai sgt ngan kulit aku ) tapi harga dia RM250.00 (gulp) tambah lagi Exfoliating Mask 30ml RM120.00. Dr tak suggest aku beli sunblock dia sbb oily, and mmg pun bila aku try tester tak berkenan and mmg jenis yg akan tinggal white stain kat kulit. So aku maintain dgn Sunblock Heliocare tersayang..Kenapa aku tak beli full skincare Hannan? sebab aku rasa tak mampu and mahal..Kuantiti pun sedikit.

Bdw, aku excited naw naw nak try mask dia and korang tau tak..aku rasa sama aje mask Pesona Clinik and Hannan Skincare ni. Sebab aku beli gak mask Pesona dulu and masih ada sikit..So aku pun compare ingredient sebijik sama kot. Kandungan, tekstur, bau semua lah sama,.Harga tak sama..Pesona rm90 aje, Hannan rm120..Kat sini aku rasa rugi sebab beza kot harga dia dah lah sebijik sama...kat bawah ni aku attach gambar korang compare sendiri dan buatlah pilihan yang bijak, sebab tu duit korang..hoho

Atas : Hannan Skincare , Exfoliating Mask
 
Bawah : Pesona Clinic Mask


Ok lepas consult, beautician bawa naik pergi bilik treatments. Direct cuci muka, tapi tak guna skincare Hannan, guna Cetaphil aje. Beautician kurang berpengalaman, cuci muka biasa2 aje. Takde feel. Takde urut2 pun. Lepas tu guna satu machine untuk sedut-sedut kekotoran dari kulit macam vacuum. Kulit rasa bersih tapi blackhead yg dlm and besar tak tersedut tp ok lah kot sebab tak sakit compare kalau kena extraction manual.Extraction memang sakit ye sebab kena picit sampai kuar darah and nanah. ahaha

Pastu, beautician sapu 2 jenis solution, yg pertama whitening peel kot, ada rasa pedih sikit. Dah nama peeling kan. Jangan kata takut sakit lak kata nak cantik kan ehehe. dlm 10-15 minit gitu dia lap and sapu solution kedua, neutralizer. Masa ni aku tidur sebab aku penat. Bilik dia sejuk gila. Yang aku tak puas hatinya, boleh pulak beautician lain kuar masuk bilik treatment siap mengumpat lak tu. ko rasa???

Last sekali lepas lap solution tu guna L.E.D mask, konon2 untuk bagi cepat baik pulih kulit. Korang kena guna spek mata khas sebab LED direct kat kulit macam topeng Otomen. Sakit mata..ahaha..So aku pun buat semua sesi ikut masa yg ditetapkan cuma tempat lain sebab aku minta pindah ke cawangan wangsa maju sebab jauh. Kat Wangsa maju Dr Nadzirah yg handle, tapi aku suka Dr Alina lagi kot sebab masa consultant dia relax tak rushing and dgr masalah aku dgn teliti. Masa aku kat ruang menunggu ada 2-3 orang patients jugak yang ada masalah jerawat and semua bagi feedback baik dgn Dr Alina so mmg dia seorang Dr yg boleh dipuji, bdw Dr Alina mmg Dr Aesthetic tau..yg Dr2 lain kat Hannan tu biasanya MO biasa yg maybe minat dlm bidang aesthetic. So mmg ada beza bila consult dgn dgr kulit and dr biasa. ehehe. Like i said..

"Hanya org berjerawat yang faham masalah orang berjerawat."


LED mask for rejuvenate



Machine Multitask

So, far kulit aku takde improve dari aspek parut pun. Cystic Acne yg sebijik pun xhilang tapi dia tak meradang duk diam dlm kulit aje mcm takde perasaan. (dia tak tahu kot beribu aku habis sebab dia). Cuma after treatment kulit kurang kusam and glow. Tapi tak tahan lama ye. Jarak each session treatments dalam 10 days sahaja. Even beli package memang untuk sebulan-dua sahaja. Memang Medispa ni fully guna machine so maybe sesuai untuk orang yg kulit dia dah sedia cantik and nak maintenance aje. And actually guna satu machine sahaja yang multitask, vacuum and led mask guna machine yg sama(refer pic atas tu) Kawan aku amik package jerawat & skincare kat hannan tapi tak sembuh fully pun. Kat dagu still naik jerawat. And sekali lagi nak ingatkan ni 100% pembiayaan diri sendiri ya. So, review ni mmg jujur dari hati.

Total Cost : RM 890.00
Whitening Peel = RM 450.00
Ubat = RM 70.00
Exfoliationg Mask = RM 120.00
Night Repair Specialist = RM 250.00

RATING : 
2.5/5

Hannan Medispa Shah Alam

D-32-G Alam Avenue 2 Jalan Serai Wangi M 16/M
Shah Alam 40200

016-444 7445
www.hannanmedispa.com.my/


Tuesday, 6 December 2016

Aku Pun Dulu Pernah Gemuk

Perempuan ni sensitif kan? kadang-kadang aku jadi tak faham kenapa nak terasa hati bila orang tegur tentang berat badan. Apa masalah yang besar ea? Berat badan = Bentuk Badan bukannya benda yang kekal. I mean u can change it if you want. Few months ni aku selalu terbaca artikel isu-isu panas laki bini.."Suami Tak Suka Isteri Gemuk", "Isteri Gemuk Punca Lelaki Curang" and etc.

Pada pendapat aku kan, betul lah tu. Apa masalah dia? Memang betul kau dah jadi gemuk and then laki kau cari perempuan lain yang body cun mantap bergetah (gelinyeee). Reality is reality girls and boys. Korang jangan salah faham pulak, aku bukan nak condem orang gemuk cuma aku terfikir kenapa tak ambik peluang untuk ubah..Dalam dunia dan kehidupan, kita sentiasa ada pilihan..Kita aje selalu nafikan..

Back to topic, jadi gemuk ni bukan ambik masa sehari, seminggu atau sebulan. Tapi ambik masa 2-3 bulan barulah nampak perubahan badan. Dalam 2-3 bulan sebelum kau sedar kau gemuk, cuba fikir apa yang kau buat masa tu? melantak satu, tidur lepas makan satu, malas bersenam satu. 
(package nak jadi nangka disarung)

Yes, aku pernah gemuk dulu. Aku jenis badan yo-yo kejap turun kejap naik. Dulu bila kena tegur aku buat bodoh. Konon-konon tak gemuk manapun sampailah satu hari boyfriend aku dump aku. Yes ive been dumped before and it hurts like hell. Sebulan aku down, nangis tidur nangis tidur. I neglected my life pretty much. Lebih kurang sebulan jugak aku jadi mayat hidup. Teringat pulak mak aku duk selawat atas ubun2 masa aku tidur sambil nangis. ehe..kesian mak,.

Masa tu lah badan aku berubah secara tak sengaja. Dari 58kg aku turun ke 41kg, kurus sangat tapi itulah diri aku yang dulu. Sebelum aku kenal fast food and rajin bersukan setiap petang. Double chin hilang, peha geleber hilang, perut jadi flat and orang tegur aku cantik (lama tak dgr sbb sebelum ni diseleputi lemak).. Sebenarnya apa aku nak cakap is, jangan salahkan orang lain atas kesalahan kita. 

Bila ada lelaki tinggalkan kita sebab badan kita berubah kita kena terima, ambik sebagai cabaran. Perempuan yang lelaki tu kenal dulu cantik, jaga serba serbi, wangi dan slim. Selepas 10 tahun perempuan tu dah jadi orang lain serabai, gemuk dan berbau. Macamana nak expect cinta masih kekal sama sedangkan orang dah berubah?. Victoria Secret Model nak dapat badan cun punyalah jaga makan and bersenam sehari dua kali..cuba compare dengan diri kita? sama tak? hasil nak usaha malas!

Sebab tu aku kata, jangan salahkan orang lain atas kesalahan kita sendiri. Kalau masih tertanya-tanya lagi apa kesalahan kau , sini aku bagitau ehe..kau tak jaga diri derr..bila kita tak jaga diri macamana kita nak jaga orang lain...Dulu Ayah aku selalu cakap, isteri adalah simbol kebangaan suami. Sekarang ni baru aku faham maksud dia..Sebab bila suami berjaya dibelakangnya pastilah ada isteri. Kalau isteri masih cantik dan bergaya tentulah suami suka..

Lepas aku jadi kurus ni aku sangat berhati-hati and cakna tentang gaya hidup. Dulu aku makan aje apa aku suka..terutamanya yang bergoreng memang favvv. Tapi bila kau fikir kesannya terus aku letak ayam goreng and ganti dengan ikan. ehehe..kena ingat dalam hidup ni tak semua akan berdiri untuk kita, setiap orang ada kepentingan peribadi. So jagalah diri dan hati sebaik mungkin..


jadilah angel untuk suami masing-masing...silap hari bulan suami jadi over protected sebab takut isteri dikebas orang :P



P/s : Aku sangat obses dengan kulit, sangat trauma kalau ada jerawat sebab dulu aku kan berjerawat teruk sebab tu sekang jadi lebih menghargai kulit...pengalaman mengajar kita (cukuplah sekali)

xoxo
-by twentytwo




Saturday, 3 December 2016

Dari Supplement Putih Kepada Natural Oils

Before kawin dulu kan, zaman2 tau nak putih aje..aku selalu pulun supplement online..Aurawhite, Kcolly, Satin Skinz, Glutawhite, Belleza dan mcm2 lagi..aku je malas buat review..sebabnya aku tak rasa berkesan sgt pun..Cerah sikit tu adalah..Tapi effect akan stop once kita stop consume..Harga sekotak atau sejar bukan murah..150++ lebih gitu, kalau simpan setahun boleh dapat 2K untuk supplement aje..ni kalau mak aku tau..naya aku...

Sekarang ni aku dah malas nak percaya or even beli benda2 ni..last sekali aku beli bulan march tahun ni..Belleza 3 kotak sekali beli..Konon2 nak putih melepak masa kahwin...berangan sgtt..tapi tak jadi pun sebabnya aku amik 2 sachet sehari pagi/malam sebab nak cepat putih tapi kat box pun direction cosume mcm tu..sudahnya rambut aku gugur melampau...firstly aku ingat sebab aku stress ke apa..Rupanya sbb over consume collagen.. Ni bukan suka2 cakap tau, aku research sendiri dari  kat internet..Dasyat takk..so aku pun kahwin dengan rambut yang tipis sampai Mua aku pun tegur..ambik kau..lain nak lain yg dapat...Kalau siapa2 ada masalah rambut gugur teruk nanti aku recommend satu shampoo, bagus sangat tapi harga mahal nawnaw.., sebulan aje pakai rambut aku stop gugur and tumbuh rambut baru..mihmihmih

tapi bila tak makan apa2 ni aku rasa lemau..dan dan je nak lemauu kan..aku memang macamni suka cari pasal..So aku pun bacalah pasal supplement sana sini..Dekat sebulan aku kaji and baca buku organic ni and aku pun tertarik dengan natural oil..evening primrose oil, pomegrate seed oil, apricot kernel oil, virgin coconut oil and virgin olive oil..Napa aku tertarik? hihihi sebab natural and organic...Benefit banyak gila..and ni dah bulan ke 3 aku consume..harga? murah sgt2..mostly beli kat kedai arab..Berkat Madinah kat Ampang..kedai kegemaran ku

Kenapa aku cakap berkesan, sebab orang tegur..Ye kalau org tegur tu maksudnya ada perubahan lah tu kot..

  • kulit jadi glow and tegang
  • rambut lebat, berat dan shiny
  • bulu mata lebat and panjang
  • mata bersinar (ni aku yg perasan sendiri org xtegur, confident ajee)
  • kuku bersinar and cepat panjang
  • period teratur
  • badan slim, perut kempis (sebab hari2 aku berak, bangun je nak berak.sebelum tidur pun berak..dasyat kannn)



    Kot2 lah ada orang nak consume sekali kan..ni cara aku makan..setiap hari aku makan oil yang berlainan..kan aku beli 5 jenis oil..so hari isnin makan Epo, selasa makan pomegrate, rabu makan olive, khamis makan apricot and jumaat makan coconut..Pastu pusing balik circle yang sama..Sebabnya aku tak nak body aku immune dan husband pun recommend cara mkn mcmtu..alhamdulillah ada kesan..sebab tu sekotak tahan lama sebab dalam sebulan maybe dalam 6 softgel aje kita makan..


    Tiga atas ni beli kat Berkat Madinah Rm 12-15 sekotak ada 30 softgel, Actually kat kedai tu macam-macam jenis ada. Tanpa softgel pun ada, dalam botol ada..Tapi aku beli yang ni..


    EPO beli kat watson kot sebab masa tu ada promosi 3 pek, yg coconut oil beli jenama ni kat Aeon..Telan satu sudu makan aje, aku jenis boleh telan. Kalau korang tak boleh gi cari yang softgel punya..


    P/S : pasne nak try mix natural oils ni lah untuk buat body oil..Pakai lepas mandi mcm mat salleh buat tapi kena cari yang easy-absorb...tak nak dah pakai lotion..nanti kalau jumpa resepi diy body oil aku share..kena research dulu..

    xoxo
    -twentytwo

    Bisnes Kecil Yang Mengubah Diriku

    Hari tu aku adalah berangan nak mula buat bisnes kecil-kecilan kan..Bisnes online katakannn..Yelah jadi perempuan ni kena pandai serba-serbi..Kena pandai masak, pandai bergaya, pandai jaga anak, pandai layan suami dan yang paling pentinggg pandai cari duit sendiri. Xgitu uolls?

    Bila aku pikir-pikir balik kan, banyaknya duit aku labur kat online shopping. Tiap minggu ada aje aku beli..Yang dasyatnya buka satu...kadang 5-6..wahaha..sebab tu aku bagi alamat sekolah..kalau alamat rumah kantoi ngan laki aku...tak pasal2 aku kena menjawab soalan eh beli lagi? krim apa plop tu? kan baru je beli aritu...(contoh2 statement sinis dari laki aku)

    Tapi guys masa untuk berubah telah datang, hahaha sekarang aku jadi pembeli dan penjual. Baru fair. Orang lain aku bagi kaya, orang lain kayakan aku balik.. tak gitu kehidupan. u get what u give..mihmihmih..tapi semenjak bisnes kecil-kecil ni aku dah boleh reduce kedasyatan shopaholic aku..Ntah lah tetibe je rasa..eh sayangnya duit..beli nanti jelah..yg lama boleh pakai lagi...wah gitu statement aku sekarang...orang paling happy sekali laki aku lahh..jimat duit dia..

     gigih akak ni menulis 



    seronok tapi penat

    Apa2 pun syukur Alhamdulillah few months ni aku merasa dah hasil dia..tuhan kan dah janji "Orang yang berusaha tidak akan miskin". So siapa-siapa yang masih muda tu try2 lah bisnes kecil ni..Kot2 ada rezeki boleh buat product sendiri kan kan..Sekarang ni aku bersyukur sebab aku mula kalau dulu asyik fikir ada orang beli ke tak..padahal rezeki tu rahsia Tuhan, yang aku kena buat usaha..ok..jom kita sama2 set goal untuk tahun 2017...cemerlang, gemilang dan terbilang...(tak mainlah 1Malaysia ni mih mih mih)

    fyi sekolah aku start 25hb ni, ko mampu? so aku ada few weeks je nak berniaga secara full-time. Terpacak kat sekolah sebelum cuti Christmas lagi. Siapa2 yg cakap cikgu banyak cuti..meh sini nak nak bagi ceramah free..

    xoxo
    -twentytwo

    Tuesday, 23 August 2016

    Injection Untuk Putih dan Flawless

    This week aku selalu usha instagram yang jual beauty injection, ada murah ada mahal depends dengan brand..Setakat ni aku dah cuba sheep placenta, biocell vit C, mixing white, Glutax 200gs, Complexion-6 dan Cindella..Yang placenta, mixing white, biocell and glutax tu murah je dalam rm200 kebawah camtu..yang C6 dan Cindella tu beriban jugak habis..kalau laki aku tau, memang habis aku kena pot pet pot pet


    Kalau drip kemas macam ni mestilah husband aku yang buat..(puji2 sikit)

    Actually aku ada pengalaman ngeri sikit ngan injection ni, dulu masa awal tahun 2015 aku kena sakit batu karang kat hempedu ( Acute Cytitis kot nama scientific dia ), time ni dekat sebulan aku sakit perut macam ada angin dalam perut yang tak boleh keluar..Duk pulun sapu minyak panas pun tak lega aihh, so ada satu minggu tu sakit dia jadi melampau sampai tak boleh gerakkan badan, makan tak lalu, minum tak lalu and hampir pengsan..Masa nak tidur aku kena tidur mengiring ke kiri sebab bahagian kanan sakit sangat...korang bayangkan aku tidur sambil menangis dah lah duduk rumah sewa sorang-sorang...

    Pastu sebelum cuti Thaipusam tahun lalu kan, aku terpaksa call Roza (bestfriend hekk) sebab nak suruh dia bawa aku ke klinik, sakit dia MasyaAllah tuhan je tahu..Aku g klinik panel je tempat yang aku selalu pergi untuk buat vit C injection. Then doctor tu hairan lah dah kenapa budak ni sakit sangat selama ni datang nak inject jek..hehe padan muka aku..Doc pun suru baring and buat Ultrasound sebab nak scan and kat situlah doctor detect ada something kat hempedu aku..Ok fine biji-biji kecil,,

    Doctor bagi surat refer ke hospital and pain killer yang paling power. Dalam setengah jam makan baru aku boleh berjalan..Dalam surat tu doctor siap highlight yg aku ada amik vitamin C injection for few months. Dan ini lah punca aku kena marah and bebel kat hospital pakar Bainun..Hahahaha dah la sakit dapat pulak ceramah free..package2..

    Time ni aku kena drip air 2 botol sebab kencing kotor sekali 

    Sebab tu lah aku stop amik injection ye kawan-kawan, trauma...Doctor siap cakap lagi jangan fikir nak cantik sampai jadi bodoh..hahaha..adakah dia maksudkan aku secara tersirat? Nak cakap putih and flawless tu ntah la,,sebab aku amik memang sampai habis each box and minum air pun beriya tau..Tapi masa amik complexion 6 and glutax 200gs tu memang ramai cakap aku cerah berseri..hahaha tapi masih lagi tak mampu menghilangkan trauma aku hokeyy..so kwn-kwn berhati2 lah..kadang2 terfikir betul ke ada vit C dalam injection tu..and beraninya aku inject IV (masuk direct dalam darah) hmmm Insyaallah aku takkan buat benda bodoh macamni lagi..tak sanggup lagi sakit untuk putih...

    P/s : Masa aku sakit aku langsung tak bagitahu suami aku, takut kena marah wei...masa ni xkawin lagi pandai la aku mgelatt..sebab dia dah warning awal2 tapi aku degil jugak nak buat, kalau dia ade aku suru dia je yg inject or drip..tq doctor free of charge hihuhihu

    xoxo
    -twentytwo


    Monday, 22 August 2016

    Review Pesona Clinic Aesthetic ( AcneEraserDuo & CO2 Laser )

    Ni first clinic yang aku pergi, sebab dekat ngan rumah aku..10 minit je dari condo aku duduk..memang dekat laa..aku discover clinic ni dari instagram, uolls jangan main2 dgn marketing strategy instagram ni..orang yg jual krim putih krim kuning pun boleh kaya ye..dasyat hokeyyy..Ko amik gambar letak filters banyak2 pastu upload before and after pun bolehh kaya hehe..tp apa-apa pun jadilah pengguna yg bijak..jangan jd macam i dulu mudah terpengaruh last2 kulit sendiri merana..#truestory

    Kalau korang gi insta pesonaclinic_aesthetic, boleh tengok review2 yang ada, pengalaman client and maklumat kedai..Korang waze lah dulu clinic tu jauh ke dekat, and call je number clinic tu..Sebab kalau wassap memang lambat gila dia nak reply..Aku wassap dekat 3 hari baru reply hokeyy..So better call terus and set appoiment untuk consult dengan doctor..Tapi kalau korang tak berapa nak yakin better masa call tu tanya semua yang uolls nak tahu sebab each consultant kena bayar RM50, u continue amik package or tak kena charge jugak..So pandai-pandai ye..

    Nama doctor tu Jamil, so panggil doc Jamil (ni pun nak tulis hekk), orangnya tinggi lampai, soft-spoken memang sesuailah jadi aesthetic doctor. Masa consult dengan doctor, dia suggest ambik package ( 2xAcne Eraser Duo & 2xCO2Laser ). Maksudnya ada 4 kali treatment..harga package tu RM1299.00..Rm325 lah for each treatment..Kalau amik package murah sikit compared to single treatment..And percayalah kalau kulit jerawat and parut , single treatment memang tak cukup...Parut tu berkurun kot takkan mungkin buat rawatan sekali hilang..No No No..

    Doctor tu suggest jugak amik pil hormone Diane-35 and doxycycline..but i refuse to take any medicines..Sebab sebelum ni aku dah makan dua jenis ubat ni and Diane-35 ni actually pil perancang beli kat farmasi murah je dalam rm 39 mcmtu, kat clinic kulit mahal sikit..doxycyline pun kat farmasi ada sepapan around rm 6-9 tak silap aku..aku tak suka pil-pil sebab selalu rasa nak muntah masa makan and diane-35 tu buat period aku jadi tak stabil bila stop..Masa amik memang cycle 28 days cantik teratur tapi bila stop mmg meroyan aku..dengan rambut jadi gugur jerawat naik balik..so aku mmg taknak..first and last aku takkan amik lagi..enough is enough..

    Masa consultant tu doc cakap aku ada masalah jerawat due to imbalance hormone, period tak stabil..kat pipi kanan ada satu cystic acne yang tak aktif tapi anytime je bole aktif..Cystic acne ni jerawat dalam kulit yang besar sakit tapi takde mata..Ko letak ubat jerawat paling kuat pun takkan naik mata..So uolls dapat rasa benjolan bawah kulit and kesakitan yang amat sangat..Based on my reading, cystic acne ni takde mata so dia akan pecah dalam kulit sebab tu jerawat batu takde mata ni bahaya. Bila pecah dalam memang merebak dengan cepat..and itulah masalah utama aku..aku ada jerawat cystic..aku panggil dia ibu jerawat sebab bila dia aktif mesti jerawat lain tumbuh meriah..bila aku cakap aku ada ibu jerawat bolehh pulak laki aku gelak.. dia ckp alaa nanti hilang lah tu..tapi bagi aku tak..kalau boleh esok jugak kena hilang...

    ni lah cystic acne, aku ada satu besar dan merbahaya hahaha..aku tak suka dia ni


    1st treament - 05/02/2016 Acne Eraser Duo Treatment

    Masa consultant tu doctor cakap boleh buat 1st treatment terus, time tu rasanya dah tak ramai orang..kira last customer jugak..dalam hati cakap eh sempat ke..sebab dah dekat jam 5..rupanya acneraserduo ni sekejap je..

    Cuci muka, extraction, sapu solution antibiotic and sunblock

    Ye sekejap je..Aku ingat ada mask ke apa sebab sakit kot muka kena tenyeh..tapi kenyataannya takde, sebab aku tgk dalam insta ada pakai and kat bawah tu dia hastag #acneeraserduo..aku bab2 ni sgt detail, aku perhati satu2 sebab bukan murah and aku bukan orang kaya..itu je sebabnya simple..time ni muka takdelah naik jerawat teruk black head je banyak pori tersumbat..

    Ada jugaklah aku terkejut sikit sbb masa cuci muka tu facialist guna brand simple ala yang jual kat watson/guardian. aku ingat pakai product clinic tu sebab dia ada keluarkan skincare jugak..Doc Jamil suggest beli tapi aku tak beli kecuali mask sebab aku suka produk dr Ko..mahal tapi kuantiti dia banyak hokeyyy..tapi harga skincare pesona and dr ko lebih kurang je cuma dr ko banyak series, packaging and kuantiti economic berbanding semua clinic kulit yang aku dah pergi..thanks dr Ko..

    And lepas buat treatment tu aku mmg jaga makan, semua seafood aku pantang telur pun sama..Air putih jangan cakap..Skincare dr Ko pun aku disiplin pakai..and jerawat aku pun hilang kecuali yg cystic tu..dia just duk diam dalam kulit..aku tak tau kenapa dia degil sgt..benci aihh..


    Ni gambar sebelum extraction..sadis hokeyy


    ni selepas treatment first boleh nampak betapa obvious nya parut kat pipi..sebab mmg msalah acne aku kat pipi je, kiri dan kanan


    2nd, 3rd and 4th treatment - 25/02/2016-29/07/2016 CO2 Laser Treatment

    Sepatutnya 2nd treatment kena buat acne eraser duo lagi tapi sebab aku disiplin jaga kulit and makan so aku boleh continue treatment laser sbb jerawat completely hilang parut je ada..Untuk laser ni amik masa sikit..

    Cuci Muka - Extraction - Numb Cream (30 minutes) - Laser by doctor - Sunblock

    Aku takut gila sebab ni first time aku laser kot, masa letak numb cream tu aku sampai tertidur and bila bangun Ramlah (facialist) senyum je tgk aku sebab aku tidur berdengkur kot, actually tiap kali aku g laser mesti hari jumaat sebab aku habis kerja and sabtu ahad cuti so boleh lah aku jaga kulit semaksimum mungkin sebab after laser kulit jadi merah and pedih so tak boleh kena matahari.. Laser ni aku rasa sakit jugak lah sebab aku memang jenis low pain tolerate aku bagi 6/10..rasa pedih2 and panas and nanti doctor akan cover mata guna eyes cover khas so no worries.yang penting buat cool buat relax..set dalam otak beauty is a pain..laser akan dihandle oleh doctor, satu-satunya procedure yang doctor handle selain consultant..yg lain semua facialist yang buat.


    Tengah pakai numb cream sebelum nak laser, masa ni ada merah-merah sebab lepas ectraction blackhead and small pimples


    Pantang larang lepas laser :
    - No soap cleaser, serum, any vit C essence, whitening cream
    - Yes to good eating habits, plenty of water, soothing gel, cleanser like cetaphil, sunblock

    Lepas laser muka akan ada scabbing tau, small scab sebab kulit kena laser kan..logic dia, kulit kita kan berparut, kusam, tak cantik lepastu laser kan panas so dia akan lukakan kulit bahagian atas secara halus2 supaya new skin boleh regenerate semula..macamtulah sains disebalik treatment ni kena belajar tau bukan dengar je apa org ckp..kena ada knowledge sebelum buat decision..


    Scabbing !, ni lah scabbing, kesan panas laser tu supaya kulit baru akan tumbuh dengan sihat, time ni hitam, kusam,kering...kena tabah sikit..jangan kena matahari, sapu aloevera selalu..

    2 weeks after laser, yeah the new skin is coming..time ni kerja aku tengok cermin je..berangan2.

    After 4th treatment, hehe..ok mls nak cakap..nak senyum je..


    So, kepada siapa-siapa yang ada parut or acne bolehlah consider ke klinik pesona, sebab service ok..tapi bahagian harga dan appointment aku tak suka sangat sebab susah sangat nak booking always full terutama sabtu ahad..tapi harga consider berbaloi, just cadangan kalau patient dah amik package why nak charge consultant fees lagi kan? macam klinik dr Ko, bila kita jumpa doctor untuk buat treatment or beli skincare charge consultant akan jadi free bila kita ambik treament or beli produk, yelah beli produk pun kena tanya doctor juga..so itu je yg aku rasa..bdw ni hasil biayaan sendiri..so mmg jujur dari hati..Tq Pesona Clinic Aesthetic, will consider to come again for thread lift service hehe..

    RATING : 
    4/5


    P/s : Please request ramlah as your facialist, she's the best and friendly,,tq Ramlah!.

    PESONA CLINIC AESTHETIC 
    Klinik Pesona, 126-3-11, Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, Malaysia
    +60166701698 / 03-40323778
    http://www.pesonaclinic.com/
    xoxo
    -twentytwo