Monday, 13 March 2017

Review Hannan Medispa ( Whitening Peel Package + Medicine + Skincare)

Hi, sesi review lagi untuk clinic kulit yang aku dah pergi..haritu dah tulis pasal Pesona Clinic kat sini. Tulis ni bukan berbayar pun, 100 % guna duit sendiri. Sebab aku yakin sangat hanya orang yang berjerawat faham masalah orang berjerawat ni..Ingat suka2 ke nak biak jerawat kat muka ni..heiii

Aku pergi Hannan start bulan puasa haritu, ada 3 branch aku dah pergi (setiap branch doctor lain-lain). Aku rasa mereka ni macam franchise..Alaa macam Klinik Dr Azhar dan rakan-rakan..Nama sama tapi yang handle lain-lain. Hannan Medispa Shah Alam, Hannan Medispa Ampang dan Hannan Medispa Wangsa Maju...kenapa pergi 3 tempat? sebabnya dulu nama Hannan Medispa ni Estetika Medispa. Sebelum raya haritu paling dekat ada kat Bangi dan Shah Alam saje, Korang bayangkan dari Setapak nak g shah alam jauh gila..Memang sakit hati menghadap jem lepas wat treatment. BDW yg ampang punya mmg cantik, masa tu teman kawan gi buat treatment dia ada opening sale.so aku ikut teman smpai bilik treatment sekali :)


1st & 2nd treament - 16/06 & 26/6 2016 Consultant & Whitening Peel


                 Estetika Medispa (before June ) / Hannan Medispa Shah Alam (Bulan June/July)

First and second consultant/treatments aku gi kat sini, aku tulis nama dua2 tau takut korang confuse sebab masa second treatment nama dah tukar and Doc yang incharge pun dah lain. Macam biasa ada consultant fee RM 50, doctor yg incharge cantik sangat2 and sgt lemah lembut. Takde push sign package or beli skincare pun. Dr Alina Hasni, hehe aku suka betul ngn doctor ni sebab kulit dia ya ampunnn flawless okay buatkan ko semangat nak jaga kulit.


Kondisi Kulit Aku : (Mekap/Tak Mekap) Takde masalah sangat cuma kusam, parut gedik2 aje ada. cystic acne pun duk diam2 dlm kulit..Overall, masalah kulit aku kusam and light scar shj.

Masa ni masalah kulit aku parut sikit, cystic acne sebiji kat pipi kiri dan kusam. Hehe 3 masalah satu jalan penyelesaian iaitu disiplin. Doctor suggest buat whitening peel dan makan ubat. Since aku ada cystic acne yang tak sembuh2 dari Pesona Clinic lagi so aku pun amik lah medicine yang doctor suggest. Biasanya aku tak ambik tapi mengenangkan kedegilan sebiji jerawat batu aku ni..Aku surrender, huhu..korang tau kan effect antibiotik macamana, lepas makan rasa mual nak muntah. So pastikan makan dulu before ambik ubat. Jangan degil ye anak-anak.


Ubat Antibiotik : Label hanya ada arahan dos untuk diambil sahaja, nama ubat and expired date takde. ni bahaya tau..


Whitening peel ni aku amik package RM450.00 untuk 3 kali treatments, maknanya satu sesi akan jadi RM150. Tapi haritu harga ubat sahaja RM70.00 ye untuk 10 hari, 2 jenis ubat, Sekali lagi aku ingatkan, ubat doxycycline ni boleh dapat di farmasi dlm rm10-15 sepapan. haha aku pun xtau nape aku g beli haritu maybe sebab Dr Alina cantik kot? ahaha..Pastu beli Night Repair Specialist 30ml (yg ni aku suka sebab sesuai sgt ngan kulit aku ) tapi harga dia RM250.00 (gulp) tambah lagi Exfoliating Mask 30ml RM120.00. Dr tak suggest aku beli sunblock dia sbb oily, and mmg pun bila aku try tester tak berkenan and mmg jenis yg akan tinggal white stain kat kulit. So aku maintain dgn Sunblock Heliocare tersayang..Kenapa aku tak beli full skincare Hannan? sebab aku rasa tak mampu and mahal..Kuantiti pun sedikit.

Bdw, aku excited naw naw nak try mask dia and korang tau tak..aku rasa sama aje mask Pesona Clinik and Hannan Skincare ni. Sebab aku beli gak mask Pesona dulu and masih ada sikit..So aku pun compare ingredient sebijik sama kot. Kandungan, tekstur, bau semua lah sama,.Harga tak sama..Pesona rm90 aje, Hannan rm120..Kat sini aku rasa rugi sebab beza kot harga dia dah lah sebijik sama...kat bawah ni aku attach gambar korang compare sendiri dan buatlah pilihan yang bijak, sebab tu duit korang..hoho

Atas : Hannan Skincare , Exfoliating Mask
 
Bawah : Pesona Clinic Mask


Ok lepas consult, beautician bawa naik pergi bilik treatments. Direct cuci muka, tapi tak guna skincare Hannan, guna Cetaphil aje. Beautician kurang berpengalaman, cuci muka biasa2 aje. Takde feel. Takde urut2 pun. Lepas tu guna satu machine untuk sedut-sedut kekotoran dari kulit macam vacuum. Kulit rasa bersih tapi blackhead yg dlm and besar tak tersedut tp ok lah kot sebab tak sakit compare kalau kena extraction manual.Extraction memang sakit ye sebab kena picit sampai kuar darah and nanah. ahaha

Pastu, beautician sapu 2 jenis solution, yg pertama whitening peel kot, ada rasa pedih sikit. Dah nama peeling kan. Jangan kata takut sakit lak kata nak cantik kan ehehe. dlm 10-15 minit gitu dia lap and sapu solution kedua, neutralizer. Masa ni aku tidur sebab aku penat. Bilik dia sejuk gila. Yang aku tak puas hatinya, boleh pulak beautician lain kuar masuk bilik treatment siap mengumpat lak tu. ko rasa???

Last sekali lepas lap solution tu guna L.E.D mask, konon2 untuk bagi cepat baik pulih kulit. Korang kena guna spek mata khas sebab LED direct kat kulit macam topeng Otomen. Sakit mata..ahaha..So aku pun buat semua sesi ikut masa yg ditetapkan cuma tempat lain sebab aku minta pindah ke cawangan wangsa maju sebab jauh. Kat Wangsa maju Dr Nadzirah yg handle, tapi aku suka Dr Alina lagi kot sebab masa consultant dia relax tak rushing and dgr masalah aku dgn teliti. Masa aku kat ruang menunggu ada 2-3 orang patients jugak yang ada masalah jerawat and semua bagi feedback baik dgn Dr Alina so mmg dia seorang Dr yg boleh dipuji, bdw Dr Alina mmg Dr Aesthetic tau..yg Dr2 lain kat Hannan tu biasanya MO biasa yg maybe minat dlm bidang aesthetic. So mmg ada beza bila consult dgn dgr kulit and dr biasa. ehehe. Like i said..

"Hanya org berjerawat yang faham masalah orang berjerawat."


LED mask for rejuvenate



Machine Multitask

So, far kulit aku takde improve dari aspek parut pun. Cystic Acne yg sebijik pun xhilang tapi dia tak meradang duk diam dlm kulit aje mcm takde perasaan. (dia tak tahu kot beribu aku habis sebab dia). Cuma after treatment kulit kurang kusam and glow. Tapi tak tahan lama ye. Jarak each session treatments dalam 10 days sahaja. Even beli package memang untuk sebulan-dua sahaja. Memang Medispa ni fully guna machine so maybe sesuai untuk orang yg kulit dia dah sedia cantik and nak maintenance aje. And actually guna satu machine sahaja yang multitask, vacuum and led mask guna machine yg sama(refer pic atas tu) Kawan aku amik package jerawat & skincare kat hannan tapi tak sembuh fully pun. Kat dagu still naik jerawat. And sekali lagi nak ingatkan ni 100% pembiayaan diri sendiri ya. So, review ni mmg jujur dari hati.

Total Cost : RM 890.00
Whitening Peel = RM 450.00
Ubat = RM 70.00
Exfoliationg Mask = RM 120.00
Night Repair Specialist = RM 250.00

RATING : 
2.5/5

Hannan Medispa Shah Alam

D-32-G Alam Avenue 2 Jalan Serai Wangi M 16/M
Shah Alam 40200

016-444 7445
www.hannanmedispa.com.my/