Saturday, 15 April 2017

Apa yang perlu dilakukan bila salah pakai skincare ?

Salah skincare? Muka naik ruam dan jerawat nanah? Kulit muka rasa merenyam? Muka jadi terlalu berminyak? Jerawat besar tanpa mata diseluruh muka? Meratap kesedihan dibucu katil? ahaha, ive thru all of it guys. 

Memang sedih, low-self confident, rasa tak nak keluar rumah, tak nak beraya, tengok cermin setiap masa, mengharap keajaiban sekelip mata...ive doin all of that too..so sebagai insan yang pernah mengalami zaman kejatuhan yang teruk, hari ini nak share tips yang boleh diambil untuk kawal pembiakan jerawat yang tidak diundang..

1. Redha dan berlapang dada.

Apa cara pun uolls kena positif, sekarang ni kulit tengah meradang seperti letusan gunung berapi yang membara. Umpama membalas dendam kepada tuan punya kulit yang suka mencuba skincare instant putih flawless dalam masa 7 hari..Firstly korang kena redha. Ingat jerawat ni penyakit, dan kenapa tuhan beri penyakit? sebab nak hapus dosa kita. Tenangkan hati dan lapangkan fikiran. Setiap penyakit ada ubatnya. Korang dah ok ke tu? tarik nafas dalam-dalam and sambung baca ok...#perempuanfuhh

2.Berhenti pakai apa-apa jenis skincare , supplement dan collagen.

Kenapa uolls kena stop? sebab sekarang semua benda tu dah tak berkesan dengan kulit and badan kita. Boleh jadi makin pakai, makin teruk. So baik stop dan pulihkan dulu dalaman dan luaran. Jangan over guna masker jugak tau. Masker ni ada yg over dry kan kulit. Bila kulit dehydrates, signal untuk production minyak makin bertambah so bertambah2lah oily muka korang. Bersinar2 mcm bola disco




3.Focus more on cleanser!

Sebab muka dah rosak so kita perlukan pencuci muka yang bagus untuk kulit. I every night buat double cleansing. Firstly guna pencuci muka Eucerin White yg berbuih dan cuci muka selama 1 minit lepastu bilas. Kedua, ambik cetaphil dan basuh lagi muka untuk kali kedua. Cara macamni akan elakkan kulit jadi kering dan tertarik. In simple word, ur skin will be calm as a sea breeze




4.Toner or vitamin water.

Masa kulit muka rosak i takut guna kapas sebab after muka dah cuci i takut sgt tenyeh toner seluruh muka sebab kapas tu boleh bawa kuman. Lagi satu takut area kulit yg ok pun naik jerawat sbb kena kuman. So i guna herbaline soothing toner shj, yg ni mmg jenis spray and bila dah kering boleh apply moisturizer @ sunblock  

5.Moisturizer / sunblock

Please yeee kwn-kwn, stop dulu guna product pemutih. Moisturizer means pelembab kulit. So jangan guna apply yg pelik kat muka yang dah rosak. Beli yg gel ke, aloevera herbaline, sunblock heliocare gel or anything yg diiktiraf. Please sgt2 jgn tambah masalah yg dah ada.

6. Jaga makan.

Avoid mkn makanan bergula, bergoreng, fast food, junk food, carbonated drinks. Paling penting pantang susu , coklat dan kekacang sampai jerawat reda!. I puasa susu sebulan masa naik jerawat mmg jerawat baru tak naik. Actuallt mknan kat atas bila kulit dah ok boleh amik sikit cuma masa ada jerawat mkn tu boleh effect hormon so better avoid em.

7. Antibiotik Kulit

Pergi pharmacy and beli doxycyline, Murah je kalau beli kat klinik kulit mahal. Dr cakap boleh amik benda ni dlm 1-3 bulan mmg ada perubahan. Cuma kalau tak yakin consult dlu dgn doctor!.

8. Doa byk2, amik wudhu selalu

Ni kang org ckp aku bajet alim lak, tapi buat apa2 pun kalau x berserah kat tuhan tak jadi jugak. hehe so doa byk2 minta kesembuhan dr masalah kulit. Like i said jerawat ni penyakit! 


Ni tips untuk muka yg tgh naik jerawat dan meragam. Kalau untuk parut boleh baca review treatment yg saya dah pernah buat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan jgn give up!

xoxo
bytwentytwo