Sunday, 14 April 2019

[Review Skincare] L'Occitane Immortelle Reset Oil-in-serum

Disclaimer : Produk ni aku beli guna duit sendiri, takde siapa nak sponsor aku. So haruslah review jujur , tulis dan ikhlas dari hati. ehe


Date Of Purchase : 25 December 2018 
Date Of Review : 14 April 2019
Duration Of Usage: 4 months
Price : Rm 248.00 for 30ml


Benda ni serum tapi promoter tu cakap ni more to pre-serum maksudnya ko pakai ni before pakai serum. Huii banyak betul step nak cantik. Tapi untuk orang biasa2 cam aku ni, cukuplah pakai ni as serum since harga dia pun boleh tahan dan aku bukan jenis orang yang beli skincare mahal2..Duit tak seberapa nak ada..


* tgk tarikh tu 17w ago ye, takdenye aku nak tipu. hehe

Aku pakai dalam 4 bulan macamtu, nak cakap kosisten pun boleh maybe kadang2 je aku terskip bila tertidur masa susukan baby. Sepatutnya before susukan baby dah siap2 pakai skincare kan barulah kosisten gitu..tapi apakan daya aku ni ibu baharu hihi..tidurlah saat yang paling dinanti-nantikan..

Aku just add serum ni dlm skin routine aku yg biasa, double cleansing-toner-serum-moisturizer. Alhamdulillah mmg sebulan lepas pakai ada perubahan ketara. Bdw aku apply time malam aje sbb promoter tu cakap apply sebelum tidur..

Kulit aku ni tak putih pun more to caramel (caramel sgt padahal cakap jelah hitam kan) so kulit caramel ni bagi aku cantik je, aku xnak putih sgt pun..masalahnya bila kulit ko kusam orang tak panggil caramel ye, tapi orang panggil berkarattt...tahap kusam tu sampai pakai foundation pun ko still nampak tak berseri and xde glow..aku lah tuu..akibat tak menjaga kulit semasa mengandung..

Kusam aku ni tahap takleh bincang, bangun pagi mandi bunga masa pantang pun tetap juga nampak tak mandii..bukan aku cakap..laki aku yg cakap...hoii tak boleh jadi ni!! kena bertindak!!..aku pun belilah serum ni sebab nampak dr Halina review kat insta, kulit dia masyaAllah gebu and supple..aku pun nak cmtu gak hehe..apa dia pakai aku pun kena ikut ahahahaa..

Setakat ni aku agak berpuas hati, serum ni mmg me'reset' semula kulit aku yang terabai. Sebulan pakai kulit aku start glowing dan tak kusam lagi. Tapi korang kena juga scrub muka dua kali seminggu tau. Kalau tak exfoliate nanti kulit cepat kusam semula sebab kulit mati berkumpul atas kulit.


Ni gambar sebelum pakai, 2 bulan lepas bersalin. Kalau ikut geli aku nak tepek gambar ni..laki aku bseri lagi kot dari aku..hoiiiii apa kes


Ni gambar sebulan lepas pakai, ada nampak ok sikit tak? ni muka baru bgn tidur and nak sidai kain. Takde edit langsung..Silakan muntahhh


Aku baru je amik gambar ni pagi tadi, 4 bulan pakai pun stil ada 60% lagi. Agak jimat sebab u only need 1 pump to cover the whole face. A bottle can last around 6-8 months maybe.. So siapa2 nak beli boleh request sample dulu kat mana-mana outlet loccitane sebab before beli aku try sample dulu bila seminggu pakai and puas hati baru aku beli sebotol. Good luck!








No comments:

Post a Comment